top of page
GAGAK DAN KETITIR.png

Burung Gagak dan Ketitir

Written by: Rohayati Fasilinus

Synopsis

Sang gagak dan sang ketitir merupakan rakan baik. Pada setiap hari, gagak pasti akan melawat

sang ketitir di sebuah sangkar di rumah saudagar kaya. Sang gagak seringkali merasakan dirinya hina sekiranya hendak dibandingkan dengan rakannya sang ketitir kerana rupa parasnya yang hodoh serta cara hidup beliau. Sang gagak sangat cemburu dengan sang ketitir yang mempunyai tuan yang boleh memberinya tempat tinggal, makanan yang sedap dan tidak perlu untuk terbang kesana-kemari untuk mencari rezeki. Cara hidupnya sangat berbeza dengan sang ketitir. Hari semakin petang dan gagak memohon untuk pulang, dan tiba-tiba ketitir berkata “suatu hari kamu akan tahu, siapa yang lebih beruntung dan siapa yang lebih malang”. Pada malam tersebut, sang gagak tidak boleh tidur dan asyik terpikir-pikir mengapakah rakannya berkata begitu? Dan tidak semena satu perkara telah berlaku dan mengubah persepsi si gagak. Apakah peristiwa tersebut?

G13 B1 Burung Gagak dan Ketitir: About
bottom of page